Tuesday, April 30, 2013

Tips menghadap JPJ !

Assalamualaikum,
HyeToAll, Hey-Ho :)
So, menjelang pilihanraya ni terlalu lah banyak bendera bergantungan, sampai terbang-terbang pon ada. Biasala, negara demokrasi, berkempen memanglah harus. Tapi, janganlah sampai mengeluarkan perkataan yang tak elok. Bagi aku, apa kata kita bagi peluang dekat pakatan untuk memerintah, kalau tak suka 5 tahun nanti tukarla balik. Biarlah apa dan sesiapa sahaj yang memerintah, Ilmu agamanya tinggi. Kalau nak cari pemerintah, carilah yang beragama, tengok cara dia bimbing keluarga dia dulu, kalau okay, maknanya dia mesti mampu memimpin rakyat :) 

Okay, aku tahu aku dah melalut dengan mukaddimah yang berbaur politik. Haha. So, aku baru je lulus test jpj ! Yeay, boleh ronda-ronda KL. Muahaha (bajet macam ada kereta sendiri). Sebelom ni, aku dah ambil dah ujian jpj tu, tapi, apakan daya, diri ini tak berdaya, aku hanya lulus on the road. Aku failed kat parking (malu compony je mak aku kate). Nak buat camna, kalau aku tak rasa susahnya nak lulus, aku tak kan hargai dan syukuri nikmat lesen P. So, aku nak share kan sedikit tips untuk adik-adik, kakak-kakak, mokcik-mokcik, segala toknenek lah untuk lulus test jpj ni. And I hope it help Uollss.

Bahagian bukit,parking dan 3 penjuru :

1. Baca doa naik kenderaan(bagi yang Islam)hehe. Lebih barakah gituu.
2. Tayah pakai sit belt pon tape, jpj tu tak duduk sebelah pun.
3. Jangan panik lebih-2 lagi kat parking tu.
4. Naik bukit tu, tayah tekan minyak kuat sangat, sikit je cukup asalkan kereta kau bergerak .
5.Ingat step parking tu.
6. Jangan happy sangat sebab kau dah lepas bukit ngan parking, kau take easy pulak yang 3 penjuru tu.
7. Jangan gelabah atau takut sangat, relaks and bajet cool je walaupon hati kauu menyumpah seranah jpj yang muka tak boleh belah tu (saborr ye)
8. Say Alhamdulillah bila dah lulus :)

On the Road :

1. Buat semua benda yang kau patut buat (wiper, mirror, signal, position)
2. Kalau nak betulkan tingkat belah sana means belah jpj tu, minta la izin dia, nanti dia ingat kau nak raba (rasuah) dia pulak.
3.Then, baca doa dalam hati. 
4. Angkat clutch slow-slow supaya enjen tak mati tiba-tiba.
5. Gunakan signal kat tempat yang sesuai.
6. Guna at least sampai gear 3.
7. Kau bawak je kereta tu seolah-olah jpj tu tak wujud.
8. Jangan masuk lane orang.
9. Control macho/ayu je.
10. Kalau markah korang tu 16 dan keatas, maknanya korang boleh ucap Alhamdulillah. Lepas lah tu maknanya ^_^

Tu je la tips yang aku nak share. Dan kepada remaja sekalian, walaupun anda sudah memiliki lesen P, berhati-hati lah, sebab pengalaman memandu anda baru seciput, janganlah nak bajet macam KL Drift pulak. Lagi-lagi yang bawak awek tu, nak Hot je, last-2 enjen mati tengah jalan, awek jugak tolong tolakkan kereta (malu yop). Hati-hatilah ketika memandu (dah macam iklan jalanraya waktu raya).

That all for now, gudluck to anybody yang terpaksa ambil  ulangan seperti aku, hak hak. Tapee, kita ni kira macam golongan yang more advanced tauu, sebab study banyak kali. Hakhak. Member aku dapat kereta sebijik. Haha. Aku tak pernah rasa cemburu (yeke?), tapi aku fikir hikmahnya, biarlah kita beli sesuatu dengan usaha kita sendiri. Sesuatu tu, means yang bermaknala, henfon, kereta, rumah. Rasa lebih berbaloi dan penat lelah kumpul duit rasa macam terbalas je. In everything what we do, just think about the hasil. For example, kita belajar satu kelas, tapi kawan kita lulus tapi, lulus sebab cikgu sayang, kita failed sebab cikgu tak suka, takpee. Kan Allah dah janji, usaha doa dan tawakkal. Kita belajar bukan untuk gred A, pointer 4, tapi untuk ilmu.InsyaAllah, kalau kita ikhlas dan bersungguh-sungguh, hasilnya tu lebih dari sekadar gred A+ dan pointer 4. Percaya kata Allah, Allah akan berikan kepercayaan tu kat kita. Aku dah rasa aku ni macam Prof Muhaya dah, huahuahua. So, tanpa berbelbel panjang. Bye dan Assalamualaikum :)            

Monday, April 29, 2013

Family Bowling Tournament !!

Assalamualaikum.
Hye To All and Hey-Ho :)
So, as shown the tittle of my entry is family bowling tournament. Wuuhuu. Excited gituu nak cerita kan. Mana lah tahu ada readers yang tengah baca ni dok tengah cari idea nak buat family gathering tapi tak tauu nak buat apa. So, bolehla meniru family besar Hj Omar (atuk aku ni)

Family day tu boleh jadi macam-macam. Tak semsetinya korang tidur kat someplace and do some activity like sukan eka and all that. Buat bowling game pon boleh. Jadi, family aku telah plan di wassap, bhaha. sekarang dah maju okay. Bincang kat wassap jeww. Iewkss.

Jadi, plan punya plan, biiznillah(dengan izin Allah), kitorang pon adakan satu bowling tournament yang bertempat di Kompleks Sukan Airport Bandar Baru Nilai, sebab most of family yang join ni tinggal area situ. Jadi urusan survey lebih mudah dijalankan. Lagipun murah sikit. Kalau buat kat Mid ke Pavi ke kan susah. Sebab kitorang buat malam. Sebab shopping kompleks kan tutup pukul 10 malam. Kalau kat sini tutup pukul 12 malam. So, sabtu haritu, kitorang solat kat masjid situu then lepas maghrib teruss gerak pergi Kompleks Sukan tu. 

First of all, kitorang devide kumpulan, total ada 4 kumpulan, ni pun sikit je yang join, biasala, masing-2 ada hal. Satu group ada 3 orang. Yang lawaknya, niat memang nak asingkan husband and wife, tapi jodoh diorang kuat sangat, sampaikan semua group tu ada husband and wife. 

Jadi kitorang main 2 game je, tak larat lah nak main sampai 3, banyak sangat tu, main 2 je pun jari dah bengkak. Haha. Nampak sangat aku tak sesuai nak main game ni, duk rumah main congkak je la aku ni -,-'

Jadi kehadiran kanak-2 yang sangat menghebohkan keadaan, haha, lawaks sangat. Ada yang kena marah, ada yang tangan tersepit kat bola bowling tu. Tapi biasala, as we call them "kids", they gonna act like kids la kan.
 Jadi lepas je habis game tu, ada la sesi penyampaian hadiah. Anddddd, my team dapat nombor 2 okayy. Haha, each team have men, but my team only girl. Yang team numbor satu tu punn, sebab ada cousin aku punya husband yang memang expert gila main bowling. Kalau tak, kitorang menang, yiihaa !

Over all, the game match telah mengeratkan hubungan kekeluargaan. We always support each other, even group lain yang dapat strike atau spare, we all clap hand for them. That what we call as ukhwah. Hope this ukhwah are always till jannah. 
 So, men master wich is the best men player, kiranya yang paling banyak jatuhan pin ialah Abang Nizam, yang expert gila la main game ni, dia pun pakai bola sendiri.
And kalau ada hadiah women master, it given to me :)
And the most funniest things is, hadiah untuk bowler paling lubuk, kiranya asyik masuk longkang je lah, goes to my adik, haha, dia tak sama group ngan aku, and group dia dapat fourth place. haha. Everything we do is for fun. 
Jom layan gambar :)
Sebelom game, dah panaskan badan kat kerusi Gintel.

ada style macam Shalin tak ?



The most poyoss.

me :) Ada gaya macam zandra aziela tak ?

sesi penyampaian hadiah.


Team nombor satu, yang baju merah tu jugak men master.

Sila abaikan yang baju hijau tuu, yang girls je :)


ni lah dia pemilik hadiah lubuk champion, and hadiah yang dia dapat ialah, berus baju yang warna coklat tuu, dapat dua pulak tuu, haha :)

me with ateef yang nakal.

Di sponsor oleh Milo. Haha.

Then, malam tu bermalam di Nilai. Nak balik gombak dah malam. The tournament was so awsomee :) Family Hj Omar memang happening !!

p/s : Patut tak aku terima matriks tu ?










Sunday, April 21, 2013

Resepi tomyam :p

Assalamualaikum :)
Hye to All, Hey-Ho !
So, just straight to the point okay, tak perlu mukaddimah yang panjang sebab I really bad nak buat starting. wkwkw. So, mood memasak aku memang sentiasa ada, hoho (sangat perasan). Tapi, disebabkan dulu aku kerja, jadi, langsung takda masa. nak buat solat sunat macam kat asrama pun tade masa. Jadi, bila dah tak kerja ni, aku lebihkan buat perkara-2 yang telah lama aku tinggalkan (terasa diri ini jahil)
Kali ni nak share resepi tomyam yang superb senang dan muda dot com. Disebabkan, mak aku pergi korea selama seminggu, aku terpaksa la mengambil alih tugas mak aku, Gituuuu. Jadi aku kenalah kenyangkan perut abang aku dan adik aku, tapi adik aku ada pun hujung minggu je, sebab diastay kat ostel. 

okay, aku tahu mukaddimah aku dah panjang berjela, dan korang pun malas nak baca sambil mata meliar cari point yang penting je. Tape2, aku paham, aku pun camtu :)

First of all, apa yang korang perlukan ialah dapur, seperti gas (haha, memanglah, macam mana nak masak kalau tade dapur)

bahan-bahan :

> ayam (or dependslah nak buat tomyam seafood pun boleh, tukar je kepada sotong atau udang)
>daun limau purut.
>limau purut(tayah pun tape)
>serai
>carrot dan seangkatan dengannya (baby corn, sadri etc)
>mushroom (kalau suka pon boleh)
>tomato (belah empat)
>cili padi (depend kalau suka pedas)
>kiub atau pest tomyam (apa brand pon balon je)



cara-cara :

>panaskan kuali (periuk pon bole)
>tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
>masukkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil.
>tunggu sehingga ayam separuh masak.
>masukkan serai yang diketuk.
masukkan cili padi yang diketuk. 
>bila bau serai dah naik, masukkan air (ikutlah banyak mana air yang korang nak)
>tunggu serai sebati ngan air, bila dah mendidih sikit, masukkan pest tomyam.
>masukkan segala jenis sayuran, (potong bulat atau potong dua, jangan potong kiub suda )
>masukkan daun limau yang dicarik-carikkan.
>letak garam dan serbuk perasa sehingga cukup rasa.
>biar mendidih sehingga sayuran lembut. 
>SIAP :)
yang dalam gambar ni tak beberapa nak buat parotid gland korang keluarkan saliva kan ? tapi rasa dia yang masam-masam, and pedas-pedas sikit, memang umphh :)
So, try it out !
Adios dan Assalamualaikum.



Wednesday, April 10, 2013

girl mode on !


Assalamualaikum. Hye to all. Aku tak faham sejak dua tiga empat menjak ni. Aku semakinnn malas. Haha. Malas nak pegi keje, malas 
nak makan, malas nak update blog. Arghhh. Takkanla pembawakan budak kot :) haha. Jawapannya, memang aku pemalas! Tapi kadang-kadang kerajinan aku melampau pulak. Haha.

So, for this entry aku nak share some tips untuk si gadis *gadis keww* aku nak share benda apa yang harus ada dalam beg korang. Wahh gituu, dah macam segmen selongkar okayy. Haha.

Come, it just a quick review sebab aku harus ke kerja for the last 4/5 dayss !! Yahoooo.com !!!
So, first thing first, haruslah ada pursre, kalau tak baik ko tayah ada handbag. it not exactly handbag lah, gua pun tarak, gua sauk beg sandang sudahlaa.

So, kalau dah ada purse, belilah.satu coins bag. Senang sikit. Tadelah berat korang punya purse tu, ringan sikit beban dia *bersamamu*.
    

Then, kalau aku, mesti ada losyen dalam bag, sebab tangan aku ni jenis tangan kasar ( banyak buat keje rumah la katenye) . So, aku jumpa botol losyen yang cinenot ni kat guardian. Comel okayy, murah lagi. Nanti dah habis refill je. Kan mudah.net. beli lah losyen bau apa yang korang suka.

       


Then, kena bawak sunblock kemana sahaja anda berada. Timur utara mahupun selatan tak lupa jugak barat ( pon bole ) . Sekarang ni, bukan cite nak cantikan kulit, tapi, sinar uv sekarang boleh menyebabkan.cancer okayy. So, belilah satu. Nak mandi pantai pun bole elak sunburn.



Next wet tissue, wet tissue ni penting bila aku keluar makan. Sebab kalau rasa rasa malas nak pegi basuh tangan. Pakai je wet tissue atau dalam bahasa melayunya tisu basah. kan senang, dalam hidup harus simple mimple.beb. so wet tissue ni boleh beli kat mana mana je. tak perlu yang mahal pun. SeBab nanti dah pakai buang jugak. Aku beli kat guardian je. Siap ada tiga pack lagi.



Then, kena ada lip bum. Walaupun aku tak gemor memakainya, untuk gadis lain, harus lah kot. Lip bum ni untuk elakkan bibir kering. Review lah lip bum yang ada khasiat, jangan kau telan pulak lip bum tu mentang mentangla ada khasiat. 


Then for the last, kena ada minyak wangi, kalau aku tayah pun tape. Hehe. Janganla pakai minyak wangi tu satu botol. Sikit sudahla. Soo, tu je kot quick review dari aku, soryla girl mode on pulak, yelah sejak orang kate aku lasak la kasar lah. Whatsoever -,-'
So byee and Assalamualaikum :)


P/s : aku tak jumpa lelaki dengan hati yang jujur. Aftet what he did, i never respect him anymore. #f