Monday, May 13, 2013

Resepi Mashed Potato !

Assalamualaikum :)
Hye To All and Hey-Ho !
Aku sedang menghabiskan minggu-minggu terakhirku di rumah. Wahh gituu. Buat ayat sodehh pulak.
Tak tau la kenapa aku sebegitu excited nak buat mashed potato ni ataupun nama melayunya kentang putar ataupun versi kedah kentang putaq. Haritu pegi rumah sepupu aku, then dia buat kentang putar ni, aku ni pulak memang hantu kentang. Jadi, tercetuslah idea untuk buat mashed potato ni sendiri berbekalkan bantuan blog memasak. Memang sangat membantu ok, lagi-lagi orang macam aku ni. Tak perlu dah beli buku masakan bagai, maklumat dihujung jari ok !

So, tanpa membuang masa korang yang sangap sangat nak resepinya, meh sini baca blog dididudatz. Resepi yang always superb simple mimple punya. 

Bahan untuk kentang :
1. Kentang (ikut suka hangla nak berapa ketui)
2. Susu pekat (aku pakai dutch lady je)
3. Butter (Sikit je)
4. Black paper. 
5. Lada sula.

Cara :
1. Rebus kentang tu sampai empuk gile. (about 20 minits)
2. Toskan kentang tu sampai betul-betul kering. 
3. Lenyekkan kentang tu guna tangan boleh, ataupun guna lah segala pekakas yang ada.
4. Gaul kan dengan butter sikit, supaya ada efek shiny gituu.
5. Gaul dengan susu, sikit je okay, jangan sampai kentang lembik or jadi kuah. Dalam 3 sudu besar je cukup (kalau untuk 4 kentang la) susu untuk bagi rasa lemak plus gebu-gebu gituuw.
6. Tabur-tabur sikit black and white paper tu, supaya tak nampak pucat sangat kentang kauu.

Bahan untuk kuah atau Gravy :
1. Tepung jagung.
2. Bawang putih dan merah ( bland bole, cincang boleh, kerat 14 boleh )
3. Butter mix minyak sikit. (sebab, kalau pakai butter je cepat hangit, tak caya try la )
4. Lada hitam dan lada sula.
5. Kiub pati ayam (knorr boleh)
6. Kicap (dalam 3 or 4 titik je, nak nampakkan warna brownish gitu )

Cara :
1. Panaskan minyak mix butter.
2. Tumis bawang merah dan putih.
3. Dah macam warna coklat tu, masukkan air.
4. Masukkan tepung jagung sikit sikit. 
5. Kacau je kuah tu, sebab nak hilangkan ketul-ketul.

*boleh je nak bancuh tepung jagung tu pastu baru masukkan, tapi nanti korang tak tau sukatannye. Better masukkan air dulu.

6. Kacau sampai kuah tu likat.
7. Masukkan kiub pati ayam tu. ( kalau aku, tayah letak garam dah, sebab pati ayam ni dah masin )
8. Tabur black paper dan lada sulah ( ikut lidah masing-masing, kalau kau lidah orang kampong, kau letakla banyak, kalau kau bajet-bajet omputeh gitu, kalau letakla sikit je )
9. Tistiskan kicap sampai jadi brownish sikit.

Siap !
Untuk memudahkan korang, meh sini aku bagi sikit-sikit gambar, supaya senang korang nak tau. Lagi-lagi yang baru je nak try tu.


Salin dulu resepi then letak kat fridge.



Bogelkan kentang-kentang korang.

Lepas tu belah 4

Bahan nak buat kentang.

Dah penat lenyek pakai sudu, pastu aku terjumpa benda alah ni, aku pun tryla, berkesan ok.

Kuah ni, tak sempat nak tangkap gambar time tengah buat sebab kene focus la katekaww.

Siap, Shapekanla ketang tu bulat, supaya nampak cantik menarik dan tertarik kan memang debomm habis.

Sedap wehh, aku bagi 9 bintang. Haha. Sendiri masak, sendiri makan, sendiri buat entry, sendiri bagi bintang. Haiyaa. Kebelagakkan ye uollss.

Aku buat ni tak sampai satu jam pun, senang je. Boleh buat makan-makan time petang. Takpun buat masa open house ke. Yang penatnya kau nak leyek kentang tu je. Pastu kene hati-hati ngan kuah tu. Bila dah siap, bolehla bajet-bajet makan mashed potato tu ala-ala kat KFC. 

Aku ni masak bila ada mood, haha, terukss gila. Mak aku dah suruh cari calon dah kat matriks ni, aku cakap, amboii mak aku ni, overr la. Aku ni malas nak mencari-cari. Senang cite tayah kawen. hakhak. So, sampai sini jelah. Aku ni mood tengah rajin menaip, sebab nanti dah masuk matrik tak bolee dah nak mengetaip selalu. Selamat mencuba resepi tu. Bye and Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment