Monday, November 18, 2013

Siakap Stim Limau ala-ala Thai :)

Assalamualaikum !
Hye To All and Hey-Ho !

Wuaaa cuti sem sudah mauu habis='( *luahan hati blogger*

Ok ok disebabkan tajuk entry ni macam wow gitu, so, tanpa membuang dan menciritkan masa ( jijik ), jom sama-sama wow gitu ngan aku !
Ha! Ini resepi sumpah senang mehh, Wallahi. Wa tak tipuuu (nampak tak kesungguhannya tu)

Ok, fast and furius sebab hengkorang dah tak sabauu kann.

Bahan :
1. Ikan siakap (dah menunya siakap, kalau nak ganti bawal ke pashmina ke pon boleh)

2. Carrot (panjang2 @bulat)

3. Sadri (hiris)@(taknak pon tiada masalah)

4. Buah limau nipis (amek jus)

5. Lemon (jus dan bulat2)

6. Bawang hollan (kalau tade, bawang besar pon boleh) bulat-bulat

7. Serai (hiris)

8. Tomato (belah 4)

9. Cili padi (ketuk)

10. Halia (hiris)

10.. Sos Ikan/sos tiram


amek air je, biji tayah (kang ada yang tercekik ikut resepi dididudatz pulak kangg)

Cara :
1. Basuh ikan hangpa, kalau ikan tu hanyir, basuh ngan air asam jawa (jangan asam boi sudah)

2. Tomato belah 4.

3. Lemon tu belahh dua, satu bahagian belah bulat bulat, satu lagi amik jusnya.

4. Rebus air, agak agak dah panas (panas ye, jangan menggelegak), Masukkan ikan.

5. Masukkan carrot, sadri, bawang, lemon (bulat bulat), serai dan cili padi(ketuk).

6. Sambil tu, perah limau nipis tambah jus lemon tambah sos tiram dan sedikit gula. (Kalau ada limau saje pon okeh) agak-agak la rasa dia.

7. Then, masukkan no6 dalam kuali tadi, pastu rasa, kalau masam sangat tambah gula dan garam secukupnya.

8. Masukkan tomato.

9. Agak-agak dah cukup rasa, tutup api. Siap !




Aku pakai ikan kembong, sebab siakap kat pasar habis, sesaje je nak sabotaj aku (ekekeke)

Sebenarnya, ni versi aku, masa aku masak ni, aku tambah sikit daun limau purut, so overall rasa dia memang ada rasa macam tomyam sikit, semua ramuan aku agak-agak, sebab ikut cita rasa memasing aaa kan, kang aku pakai ayat camca kecik, camca besar, dah kejenuh pulak aa kannn. So, siakap stim ni memang senang, campak campak je, kalau suka kuah lebih, lebihkan air. 

Selamat mencuba !!! #resepirumahaku  hamek hengko, blog pon ada hashtag yuuu, haha. 


Assalamualaikum !

p/s : Let love find its way to me :)


No comments:

Post a Comment