Friday, February 6, 2015

Tips Nak Buat Birthday Party !

Assalamualaikum :)
Hey-Ho and Hola !
Okay, sebelum aku merapu lebih jauh, mehla aku cerita kan sikit dah kenapa aku nak buat birthday party kan ? Adakah aku buat party liar ? Macam laki pakai singlet pompuan pakai bikini ? Hahaha. Oh nooo jelas-jelas enggak dong. Ok aku ni dah banyak sangat pengaruh cerita CSI, hahaha.

Nak dijadikan cerita, 28 January haritu hari jadi mak aku, jadi aku dah lama sangat plan nak buat suprise. Kasi scene terkejut pastu nangis-nangis sambil cakap "I cant believe it" sambil tutup mulut. Haaaa cerita CSI lagi. Hahahaha. Ok sambung cerita, disebabkan every year kitorang adik-beradik selalu bagi hadiah jee kan, so kali ni kitorang decide nak buat macam celebration tapi in a simple but memorable way. Buat gah-gah pun buat ape kan ? Membazir je. Yang penting effort tu :) Hehhehheh

Okay cerita bermula mase aku kat kem, actually aku ada kem mase birthday mak aku (28/1) tuu, so just wish ala kadar je, buat cukup syarat je. Hehe, pastu buat la ayat sikit, aku cakap "akak kirim doa je laa eh, bajet lari laa" haaaa, disebabkan anak-anak mak aku ni memang selalunye bajet lari, mesti mak aku percaya punya. Mak aku ni pun jenis yang tak suka buat party-party ni. Buktinya, seumur hidup aku, 2 kali je aku sambut hari jadi. Hahahaha. Tade pun kek bertingkat, ade edar-edar kad kat kawan sekolah, pastu pakai topi. So sad :'( tapi tak kisah pun. Hewhew. *Sambil berlalu pergi*

Ok aku tak boleh pergi, nanti sape yang nak sambung cerita. So, aku plan nak buat suprise kat mak aku hari jumaat, sebab aku balik rumah hari khamis tu. Ohh lupa birthday mak aku jatuh hari rabu. Jadi sambut hari jumaat sebab mak aku balik ofis awal sikit.

So the plan begin, first step, kene fikir apa yang korang nak makan, let say kalau nak makan kek je pun dah ok, tapi macam kedekut sangat pulak. Jadi kalau ikut aku ada beberapa plan, antaranya nak masak spigetti, meehon goreng. Tapi mak aku bukan suka sangat pun plus benda tu macam dah biase kan. Jadi aku decide untuk buat steamboat a.k.a yong tau fu, fuiyoooo. Bunyi je gempak tapi duit jimat gilaa wa cakap lu. Jadi first step decide nak makan apa.

Next step, fikir berapa ramai orang korang nak ajak sebab boleh agak-agak untuk prepare makanan kan. So, disebabkan benda ni aku buat kecil-kecilan je, ingatkan nak buat adik beradik je, tapi macam sunyi sangat pula. Aku pun ajak makcik aku ngan anak dia ngan cucu-cucu dia dan sorang kakak sedara aku yang rapatt sangat ngan mak aku kitorang panggil dia along. So, bajet tetamu aku dalam 7 orang camtu. 

Third step, decide korang nak beli kek jenis apa, nak buat sendiri pun boleh, tapi desebabkan mase mothers day last year aku dah buat kek kat mak aku, tahun ni macam malas pula. Heh heh, lagipun memang kesuntukan masa gilaa. Kalau boleh nak benda yang ready made je. Dah discuss ngan adik-beradik aku, kitorang nak beli kek baskin robbins, sebab rase macam nak buat kelainan la, selalunya kek secret recipe kan, kali ni nak makan kek ice cream :) sekali sekala. 
Tapi ikut korang la, aku sebenarnya nak tempah kek BR ni, kiranya kita boleh tempah nak design apa, nak ice cream apa, nak makan untuk berapa orang, tapi kalau tempah at least dalam 3 hari sebelum, masalahnya aku ni haa esok nak pakai harini baru kelam-kabut memang tak sempat la. 
So, tapee, boleh je pegi BR pilih kek yang ready made je terus.


Okay last step, dah name pun birthday party kan, harus la ade some decoration, HARUS okay, bukan wajib, tapi more to for fun, sebab ade 3 orang budak kecik nanti, tadela diorang bosan. Beli la setakat apa yang mampu, banner yang mahal-mahal tu tak perlu rasanya. Untuk birthday mak aku ni aku beli poppers (jenis sederhana aku beli 4 sebab 4 10 hengget), pastu aku beli belon, aku beli helium balon yang ada tulis "happy birthday mom". Harga dia depends on size yang korang pilih, yang aku beli size sederhana harga RM 16.90. Last sekali aku beli banner, ingatkan nak beli yang huruf-huruf boleh gantung tu tapi mahal sikit (huaa kedekutnya), so aku beli yang biasa je harga dalam RM 6.90.
So, total aku spend kat decorations dalam 50 ringgit la.

Abaikan jam and kelander tu malas nak alihkan :)
Okay, so the day pun start, hari jumaat, pagi2 aku dah ada meeting jap ngan customer, nak dapat duit kan, kene la keje keras sikit, hewhew. Then dah settle, aku pegi amek adik aku kat hostel ia pastu balik rumah solat terus pegi cari kedai Hikmah Enterprise dekat batu caves. Aku pegi sini sebab nak beli barang-barang yong tau fu. Kenapa aku tak beli yang kat carefour je ? Sebab aku takut sangat tak halal, so kalau beli kat sini, komfem-komfem halal plus femes kot dah banyak kali keluar majalah. Kos aku kat sini dalam RM 30 ringgit je. Murah sangatttt and berbaloi tu pun banyak lebih. And kene la prepare tempat nak steam tu kan, aku tade pon, hahaha so pakai periuk nasi je, pon boleh, beli paste tomyam tu, buat kuah je, then rebus la barang yong tau fu tu dalam tu. Jimat itu berkat kan ? *alahaii tetiba*
Banyak lagi sebenarnya, tak sempat nak tangkap gambar sebab rushing




Dah settle beli bahan yong tau fu, aku singgah wangsa walk jap sebab nak beli kek, udang and barang decorations. Aku beli kek fully ice cream, ade kek ice cream layer dengan kek, tapi yang aku beli ni fully ice cream, so mahal sikit la. Harga dalam RM 90 lebih campur tax. Tapi serious kek dia superb beb, puas hati sangatt. Pastu kalau kat wangsa walk ada satu kedai jual barang-barang party ni, so senang la keje aku. Pegi satu tempat je ada semua benda, pastu udang aku beli kat cold storage. Pandai-pandai la bajet berapa banyak.

Sampai rumah je abang aku dah balik, pastu terus suruh dia tipu sunat call mak aku cakap yang dia tak balik, biar nak suprise. Abang aku ni pulak anak soleh sikit, ape dia cakap mostly mak aku percaya la. And yess we made it, mak aku percaya gila kot. Hewhew, sorry mak tipu sunat :)
Then terus start tiup belon, pasang decoration, potong2 barang yong tau fu, kemas rumah etc.

Dah settle semua, than tunggu la mak aku balik keje, bila mak aku balik keje kitorang tutup pintu, biar mak aku bukak pintu sendiri, and then SUPRISEEEE !!!!
Hahaha, Alhamdulillah, dengan kehadiran tetamu, majlis kecil-kecilan anjuran adik-beradik enterprise bejalan dengan simple tapi meriahnya :') Aku happy tengok family kecik aku ni enjoy makan hidangan yang simple tu. Yang penting, benda tu something yang akan buatkan mak aku ingat sampai bila-bila.



Anddddd mak aku again celebrate birhday kat rumah kakak dia iaitu makcik aku la kan, kali ni panggil lagii ramai orang. Buat majlis doa selamat sikit hari ahad. Sebenarnya macam more to gather family belah mak aku la. And tu je aku nak share. Hope yugais enjoi your day :) And enjoi reading !


Thursday, February 5, 2015

Rahsia Lulus MUET

Assalamualaikum :)
Hey-Ho and Holla ! Okay for this entry aku nak share benda yang memang student macam aku ni perlukan, which is nak lulus MUET ! Hewww at least band 3 laa kan ?
Okay, bagi aku, nak lulus MUET tak senang and tak susah. Sebab ? Ok lemme expleiynn to you veveyhh, haaa amboi over aku ni.

Muet akan ada banyak bahagian, which are listening, reading, speaking, eassay and so on lah, bak kata teacher aku, tak semua orang a good listener kan ? and tak semua orang a good writer kan? So, masing2 ada kelebihan and kekurangan. Kalau boleh, korang focus on which part yang korang power, InsyaAllah bila korang focus satu benda, yang lain akan follow.

Aku bagi tips untuk listening, korang kene banyaakkkkkkk sangat practice. Macam mane nak practice listening kan ? Salah satu cara yang memang kene buat is dengar cd dalam buku Muet tu lah kan ? Pastu buat practice dia. Tapi, mase aku kat matrik aku tade pon laptop, so benda tu menghadkan aku untuk practice pakai cd kan. Lagipun, bosan gilaa kan buat latihan formal camtu.
Ok so ni cara aku, aku ni memang jaranggg gila dengar lagu mat saleh, sebab aku lagi prefer dengar lagu indon yang jiwangss-jiwangss karat tu (muehehehe). Jenis-jenis yang suka feel sensorang layan perasaan, bhahahaha.

So, disebabkan aku ni jarang dengar lagu omputih, ade sebabnya kenapa aku malas layan lagu omputih, salah satunya sebab aku tak faham -,-
So, disebabkan muet sila gagahkan diri anda untuk mudah nanti kat uni, jadi aku practice, dengar lagu omputih, pastu tulis lirik dia, pastu google lirik lagu tu then check balik mana salah.
So far, benda ni ada postifnya, aku pun dah mula layan lagu omputih tapi lagu indon still layan jugak, biar seiring tak gituww ? Hewhew.

Aku update sikit entry ni, part speaking, aku memang buat banyak gila latihan dengan kawan-kawan aku. Sebabnya, bila kita praktis banyak topic (aku practice almost all exercises dalam buku tu), masa betul-betul test muet tu, idea banyak dan melimpah ruah tau. Sebab kadang-kadang point topic lain boleh je masuk dengan topic lain. So, bila banyak kali practice, banyaklah idea.

So far tu je la, and kalau betul2 nak lulus MUET dengan band 6 ? Cer try ni, kita usaha kan? Semoga Allah nampak usaha kita tuu.

Ni klik bawah ni, aku just bagi yang termampu, selebihnya bergantung kat diri sendiri ok :)