Thursday, May 28, 2015

Port Dickson Budget Trip

Assalamualaikum.
Hey-Ho !
Hye gais, it been awhile since my last entry.
Bukan taknak update, busy gilos. Tapi, takla busy pun sebenarnya. Aku rasa macam aku dah lost skill membahagikan masa. Aku macam tak tak mematuhi jadual aku dengan betul. Ahh what a sad life. Ok copp, sekarang bukan cite pasal my boring daily life, tapi pasal my budget trip with my lesbian couple. HAHAHA. Puihh, nauzubillah lesbian.

Okay *tetiba blur, tak tahu nak start dari mana*
Okay first penginapan, kami tido di Ocean View Resort. Studio room type, sebab kami berempat gegirl je. Harga RM 130 semalam. Resort ni dekat dengan politeknik PD, jauh sikit dengan teluk kemang which is pantai ni paling femes dengan aktiviti sukan air contoh macam banana boat, jet ski and so on.

Tapi, belakang resort ni ada jugak pantai, boleh mandi, cuma tak meriah je la. 
Next, nak share tempat makan yang bestttt. Okay, aku tau banyak sangat tempat makan kat PD ni. Tepi2 jalan kau nampak banyak gila kedai makan, cuma kene pandai pilih ja . Before pergi PD aku ada la survey restoran best, banyak sangat, so the closer dengan tempat penginapan kitorang restoran ikan bakar mppd. Kat sini yang paling femes is restoran D'Terapung but since ramai yang cakap harga mahal cancel la. Hewhew, budget trip je okeh, kalau honeymoon trip kau nak D'Terangkat pun boleh. So, pilihla restoran tepi-tepi tu, sedap jugak, harga pun berbaloi gila. Restoran mppd ni tepi laut, tapi dah malam, tak nampak apa dah, nampak ikan tiga rasa je. Perjalanan dari teluk kemang amek masa dalam 20 minit.

Kitorang naik banana boat, kitorang amek yang rm 15, boleh ja nak bodek rm 10. Tapi malas pulak. Aku tak tau la apa best sangat naik banana boat, air terpecik kat muka, lalu kau memejamkan mata, lalu kau da sampai, lalu kau berkata itu pun 15 hengget?
Ceit, orang pun nak cari makan jugak. Haha.
Jom layan gambar.

Oh lupa nak cakap, jangan lupa singgah gerai makan depan ostrich farm, sedap gilos, Ada laksa, ngan goreng pisang. Goreng pisang dia sedap nak mampus. Tak tipu ok, kau tengok muka tu.

View from hotel, best gilos wehh *nak pi lagi*

My bagpackers mate :)

Tangkap gambar je mampu. >,<

Mandi Swimming pool last day.


Kami pergi 2 hari 1 malam je. Takleh nak pi lelama, assignment menanti, haha. So total kalau di tong-tong dalam RM 100 sorang. PD ni best untuk orang nak santai dengan family mandi laut, nak eratkan family bonding, friend bonding je la kot bagi aku.

So, tu je nak cite. Thanks for reading and see you next entry !