Wednesday, February 10, 2016

Pre-post trip to Hatyai-Krabi

 Assalamualaikum
and Hey-Ho!
Seperti semua yang sedia maklum, pergh pergh semua maklum, hengko ingat hengko ni syatila melvin ke orang nak maklum ?
Ok let straight to the point, kesian orang yang buat research pasal trip ke thailand/hatyai/krabi terpaksa ngadap benda merapu ni.
Ok, idea untuk pergi holiday ni bermula bila family aku ni susah gila nak gather sama-sama semua. Mesti one of us ada je halnya. So, disebabkan abang aku dan aku sama-sama degree, cuti sem kitorang selalunya sama. So, aku lah perancang percutian ni. Muehehe.
Tahun 2015, memang aku tak berjalan langsung kau tau? Sebab adik aku SPM, mak aku ni pula jenis bab-bab education ni number one, berdesupp laju je. Adik aku pula duduk asrama plus tuisyen luar, every week dia balik dan pergi tuisyen. So, susah la nak plan nak ke mana-mana. 
Finally, dapat juga kumpul semua. Mula-mula nak holiday dalam Malaysia, tapi, pikir-pikir balik alang-alang kan, ape lah salahnya pergi jauh sikit. 

Okay, nak di jadikan cerita, sangat kebetulan, Air Asia punya tiket ke hatyai boleh dikira murah juga la, aku pun cepat-cepat cakap kat mak aku set tarikh semua then booked. Aku dapat harga plus minus RM 80/person include tax, fee tok nenek bagai. Tapi aku tak include flight meal tau, ikut korang ler. Sejam je pun dalam flight, before tu korang korang melantak le dulu. Mula-mula family aku tak amek baggage, pastu dah pack macam penuh pula beg, amek juga la last minit, amik yang 20 kg, tu je.
Untuk flight ni korang bajet la sikit ye. 

Antara transport lain yang korang boleh guna untuk ke thailand/hatyai ni, naik kereta, bas or train. Kalau dah nama holiday kan, hengko nak drive jejauh ke? Bagi aku better naik train. Ok tu aku cerita kat next entry. Sebab aku pergi hatyai naik flight, balik naik train. So, aku merasa dua benda tu je. 
Kenapa aku pilih pergi naik flight, balik naik train?
Ok simple je, first, kalau balik naik train aku dah jimat, takyah amek baggage. Confirm la balik hatyai banyak benda kan. Next, kalau naik flight masa pergi, aku dapat jimat masa. Sebab naik flight sejam ja, naik train 12 jam mak oi. Haha.

Okay nanti aku sambung ok guys.
Sila jawab kuat-kuat "OKAY"

Nah satu gambor buat korang termimpi dan igau, cehh.




Bye:)

No comments:

Post a Comment