Thursday, February 11, 2016

Trip ke Hatyai - Part 1

Assalamualaikum.
Hye to all Hey-Ho! *Trademark tak boleh tinggal ok*

Ok entry ni sambungan kepada entry pengenalan before ni. 
Aku rasa dari segi pengangkutan korang faham kan? Ikut suke la nak guna darat ke angkasa lepas ke, nak mendayung dari selat melaka ke. Asalkan sampai ke Hatyai.

Roughly untuk pengangkutan 
Flight: RM 80
KTM Senandung Langkawi: RM 52 (Katil bahagian atas)

Next, bila dah sampai hatyai, rasa rugi pula kan dah sampai tapi tak cover/tour hatyai. Sampai je kat airport, jangan risau bersepah teksi kat situ, dia yang akan tanya nak pergi mana, sediakan fulus je ok. Ok cop, bab duit ni, 100 baht dia dalam RM 11.00 ++. Since, matawang myr dah jatuh kan, sabor jelah. Dari aiport ke Hi-Season Hotel 100 baht.
Ok, untuk hotel, Hi-Season Hotel ni, jauh la juga dari town. Better korang stay yang dekat dengan town, macam V.L Hotel or area Lee Garden Plaza, sebab confirm sure kome turun je hotel bersepah kedai, kedai makan pun senang, pasar-pasar pun senang.
Disebabkan aku dah tersalah booked, biaselah, kalau well planed tak best lah pula, tak travel lah namenye cik kak oi. So, dari hotel aku nak ke town, naik tuk-tuk dalam 20 baht/person. Sebabkan family aku berempat, first tuk-tuk tu kitorang kena 100 baht, pastu masa nak balik tu, aku minta kurang, dia bagi 80 baht, which means that 20 baht sorang lah. Kalau tak paham juga meh aku hempok dengan calculator amoi jual ayam yang besor gedabak tu, biar genius sikit.

Bagi yang dah booked hotel Hi-Season tu, tak pe. Tak payah nak nangis tepi bucu katil, lap air mata dengan hujung lengan baju. Sebab hotel ni wifi dia laju tahap air mata kena pisah dengan suami, menderu je laju. So best gaklah memalam nak upload gambor riak nak tayang kat facebook, instagram mahupun twitter (I lettew)
Tambahan lagi, kat hotel ni, ada siaran TV 3 okeh, KBS World yang tv korea tu pun adooo. Sukalah mak aku tu. Hotel bersih, ada peti ais kecil, ada air mineral. Adik aku panggil air chang, haha. Boleh minum, free je. Kalau habis, nanti masa room servis, minta la lagi. Setiap hari tukar towel baru. Best la. Murah pun murah. Sebab dia jauh sikit kan dari town. Harga dia RM 76/night. Aku booked kat Air Asia Go. 

Disebabkan trip aku kali ni, lebih kepada semi-travel. Maknanya taklah terlalu nak bersaving sebab semua mak aku sponsor, kahkahkah. Sampai hotel, solat then kitorang ke town.
Kat town kitorang ada 2 misi yang kena settle sebelum shopping.
First, kena cari agency yang buat hatyai one day tour second, cari minivan ke krabi. Cari punya cari, jumpa la yang murah. Wajib cari banyak-banyak. kalau boleh, tanya dulu memana agency yang korang nampak. Okay, actually, untuk one day hatyai tour ni, korang boleh juga naik tuktuk. Tapi kena ngadap panas sikit la. Aku ni, kalau pergi ngan member boleh ja nak naik tuktuk. Murah sikit la banding amek tour package, tapi sebab aku bawa mak aku kan, taknak la pula dia penat. 
Lastly, aku jumpa Chan Travel Agency. Aku buat research pun orang kata dia murah sikit compare to others. 
Harga one day hatyai tour 1200 baht/car
So, dalam kereta tu family aku je. Sangat selesa dan berbaloi. Kereta bukan calang-calang ok. Aku rasa kereta kat thailand ni murah-murah kot, semua orang pakai kereta gabak-gabak weh. Kereta yang aku naik untuk tour ni ala-ala CR-V lah gitu, jenis MPV. 
Untuk trip ni, tempat yang dia cover:

1. Nora Plaza.
- Nora plaza ni more to kedai jual t-shirt, keychain barang-barang lah. Bagi aku la, mahal sikit. Tapi aku beli jugakla satu t-shirt sebab diorang ni macam memaksa sikit. Kalau korang taknak, boleh skip je tempat ni.


2. Magic Eye 3D Museum.
-Sebenarnya, aku taknak pun masuk sini, sebab tempat ni macam yang ada kat PD tu je. Tapi biase la mak aku ni, alang-alang dah sampai tu masuk jela, rugi pula. Harga seorang 400 baht. Agak mahal juga la but I tell you worth it you know. Tempat dia best, dan banyak juga la gambor yang extravaganza. Ada show juga. Tapi diesebabkan kitorang nak kejar masa malas nak masuk show tu.
kat luar tu ada jugal gambor kita, yang pekerja dia amik guna dslr dia, sekeping gambar 50 baht, mak aku punya tamak amek sampai 4 gambor terus.







3. Buddha Temple.

-Ok buddha temple nioption sebenarnya, since kiorang kan Muslim, so driver tu tanya dulu nak pergi ke tak. Kitorang cakap nak, sebab apa salahnya kan tengok budaya or culture orang. Tempat dia atas bukit, satu jalan dengan nak ke hatyai cable car *aku tak pergi cable car*. Ada la patung dia, besar-besar gilaaa, ada naga, orang buncit, haha memacam pesen.




Tukang sponsor sepanjang trip. Mekaseh mak ailebiu, lain kali bawa lagi. Hek.



Kalau menyampah dengan I, tutup mata sambil baca. Kah!


4. Chang Puak Camp
- Ok ni tepat gajah, disebabkan thailand ni memang famous dengan gajah, wajib la pergi sini ok. Actually kat krabi pun ada satu tempat gajah, tapi sebab kat krabi, memang nak snorkeling je, kitorang pilih la chang puak camp ni sebagai destinasi kat hatyai. Banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini selain tengok gajah. Antaranya, menembak, naik atv, naik gajah. 
Kitorang pilih naik gajah. Aku dan adik aku je naik. Sorang 500 baht. Naik atas gajah tu pastu orang tu bawa pusing dalam 30 minit. Kitorang juga beli pisang 50 baht pastu bagi makan kat gajah tu lepas dia bawa kitorang. Nampak takk gajah pun nak upah. Masuk sini free je, kalau nak buat aktiviti baru bayar. Lepas dah naik gajah tu, dia akan bagi kita buah potong for free and air mineral. Boleh lah melantak kat situ, buah kat thailand wa cakap lu memang sedap!

5. Samila Beach
-Ok, masa ni kitorang dah lapau nauu dan plan nak makan kat samila beach. Perlu diingatkan, dari hatyai town tu nak ke samila beach memang jauh weh, around 45 minutes jugak la. So, kalau naik kereta boleh tidur selesa ada air cond, kalau naik tuk-tuk? Hmmm, basah ketiak. kalau bawa anak better naik kereta, tapi kalau jenis backpacker kental jenis aci redah je, boleh je beb.
Dah sampai driver tu bawa kitorang kat satu kedai Islam ni, tepi pantai, boleh la feeling-feeling makan tepi pantai, tak dapat kat meldives, kat sini pun boleh hengko.
Takyah nak fefeeling bora-bora sangat. Haha. Makanan sumpah sedap, paling sedap tomyam seafood dia, siap ada ketam and kupah beb. Berbaloi gilaaa. 
Ok, kat sini juga famous dengan duyung and cat and mouse. So, kalau datang sini kena la tangkap gambor dengan mereka ok.
Ok, kan aku cakap kat Nora Plaza tu mahal kan? Kat sini MURAH. Ha nampak tak betapa bersungguh aku nak cakap kat sini murah. Ada sorang auntie ni, baik gila barang dia semua murah, boleh nego harga pula tu. T-shirt pun murah. Kat sini pun banyak kedai  cenderamata.
Oh pastu, kalau dah datang sini, wajib makan ice cream kelapa yang dalam tempurung kelapa tu. Acah-acah sangkaya, tapi lagi murah dan berbaloi, hakhak.

6. Wonderland
-Ok, mari untuk tidak mencofusedkan orang lain sebab family aku nak sangat masuk ice dome, sekali, ice dome tu dah tak wujud ok. Dia ganti dengan wonderland. Wonderland ni dia sama juga macam Magic Eye 3D tu, cuma wonderland kita kena pakai cermin mata 3D tu, and tempat dia pun gelap, Ada sorang pekerja dia akan ikut kita dan suluh kat lampu everytime kita nak amik gambar. Tempat dia cantik la, seram jugak, sebab nampak macam lukisan tu muncul depan mata. Hahaha. Pastu ada show juga,  kitorang pun stay je la tengok show tu. Boleh tahanlah, tapi nasib baik aku dah selalu tengok magic kat AXN, David Blaine, Cyril and lagi satu cerita yang dia reveal trick magician ni. Hahaha, so aku tidaklah mudah kagum dan tertipu macam adik aku muehehehe. Oh lupe, harga masuk sini 350 baht tak silap aku.

Tu je, tempat yang aku pergi, overall, best la walaupun duit kopak gakla, nasib la pakai duit mak aku, kahkahkah, takdela terasa sangat. Ok tu je untuk kali ni. Nanti aku update lagi okay beibi?

Gambor untuk yang lain nanti aku upload eh, tak transfer lagi.

1 comment:

  1. kak suka baca blog dik. thank for sharing..oh ya kak ada family kat sna but kak Masih lg xtau tempat yg best kat situ..so Lepas nie boleh follow APA yg dik tulis nie.. at least tmpat tinggal Ada dah.. transport Pon cun abg ipar bawalah..anyway dik thanks again for sharing..

    ReplyDelete