Sunday, July 31, 2016

Resepi Cuti Sem :)

Assalamualaikum.
Hye To All and Hey-Ho !

Ok disebabkan aku tengah cuti sem ni, memang rutin harian aku selain daripada seorang anak yang mithali aku juga seorang bibik yang rajin (kasi chance la puji diri)
Normally, aku akan kerja bila cuti sem, tapi kali ni aku tak kije langsong, oh my aku memang tak reti duduk diam. Kalau dulu, aku mampu lakukan dua kerja dalam satu masa, hahaha nampak tak nak saing-saing superhero seperti Captain Amerika mahupun Spiderman, nak selamatkan orang pun masih mampu bercinta. 

Dulu aku pernah buat dua kerja dalam satu masa, penat memang penat beb, baik penat daripada tergolek kat rumah macam sekarang ni kan, duit pun tak masyuk. Aku kerja pun sebenarnya bukan nak cari duit sangat tapi yeah you know me, memang tak boleh duduk diam. 

Ok, back to our main topic, rutin seorang anak solehah macam aku ni every morning, kemas bilik, pergi pasar, masak, kemas rumah, sapu rumah, lipat kain. The same rutin repeated everyday.
So, untuk entry kali ni aku nak share few resepi yang senang pantas dan sedap untuk dimasak. 

Aku bukan lah hebat pun memasak, tapi aku suka memasak, mungkin mak aku selalu tengok rancangan memasak bersama chef wan masa mengandungkan aku kot, hahaha.
Sampaikan kadang-kadang aku gian nak masak, aku rasa happy bila masak, lagi-lagi kalau stress kat hostel, lagi lah aku nak masak.
Ok, aku punya intro je dah berapa perenggan. Kat bawah ni antara resepi simple yang aku selalu masak.

1. Kari Ikan

Bahan-bahan:

Bawang besar (hiris)
Bawang Putih (hiris)
Halba campur
Serbuk Kari (bancuh dengan sedikit air panas jadikan pes)
Daun Kari
Ikan Merah
Santan
Air Asam Jawa
Tomato

Cara-cara memasak:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih
2. Masukkan pes serbuk kari dan daun kari dan halba campur. Tumis sehingga pecah minyak. (kalau tak tumis betul-betul boleh sakit perut nanti)
3. Masukkan air asam jawa. Agak-agak je. Jangan masam sangat.
4. Tunggu menggelak. Masukkan ikan.
5. Agak-agak ikan dah half cook, masukkan santan.
6. Kacau dan masukkan garam. 
7. Bila dah sebati semua rasa masukkan tomato dan matikan api.
Siap!

2. Kurma Daging

Bahan-bahan:

Bawang besar dan bawang putih
Daging batang pinang
Serbuk Kurma (tambah air jadikan pes)
Tomato
Kentang (potong 4)
Cili Merah (Belah dua tanpa putuskan cili)
Santan
Kulit Kayu Manis

cara-cara:

1. Rebuskan daging. (Ada yang tak rebus, terpulang, tapi lebih baik kita rebuskan dulu daging untuk buang lemak kat daging tu).
2. Setelah rebus dan empuk, potong kecil-kecil daging.
3. Tumis bawang besar dan bawang putih
4. Masukkan pes kurma dan kulit kayu manis dan tumiskan.
5. Masukkan secawan air, dan masukkan kentang dan daging.
6. Tunggu sehingga kentang empuk. (Jika air kurang boleh tambah)
7. Masukkan Santan dan cili merah.
8. Tambahkan garam sehingga cukup rasa dan masukkan tomato.
Siap!

Ok, banyak lagi sebenarnya aku nak share, tapi sampai sini dulu eh, next entry aku masukkan resepi asam pedas and daging salai masak emak cili padi.
Oh jap, nak memasak ni, korang kena ikhlas dan datang dari hati, Cehh, kalau yang ada suami tu baru la enchek suami terpikat, kalau yang forever alone macam aku ni, bolehlah nak bodek mak belikan apa-apa. Hahaha. 

Bye!
Thanks for reading.